Thursday, May 2, 2013

Menjelang kelahiran anak adik..

Semalam genap sepuluh minggu mak pulang ke rahmatullah. Semalam juga adik bongsu saya, Adik admitted di HUKM, sudah mula sakit2 nak bersalin. Sehari sebelum tu, Adik sempat lagi pergi tengok2kan rumah untuk kami sewa di area Seri Kembangan. Agaknya sebab banyak berjalan, terus baby nak keluar kot. Sorry menyusahkan kau dik. Saya tahu dia admitted pun tengok gmbr di fb. patutlah msj di fb tak dibalas, telefon tak angkat. Rupanya dah masuk hospital.

Tengok gmbr adik kt fb di hospital, hati saya sebak. Walaupun adik saya happy je, siap buat peace lg, tapi saya sangat sedih. Adik tiada mak yang boleh memberitahunya apa yang patut dia buat. Kedua-dua mak sendiri dan mak mertua sudah pulang ke rahmatullah. Saya membayangkan jika saya di tempat dia. Saya teringat ketika saya mahu melahirkan Hayyan. Ketika itu walaupun saya di Canada hanya bersama suami, tetapi saya masih boleh telefon mak dan mak mertua yang banyak membantu saya. Ketika saya mula rasa sakit mahu bersalin, saya terus telefon kedua2 mak saya. Merekalah yang menyuruh saya pergi ke hospital kerana masing2 risaukan kami yang belum berpengalaman melahirkan cahaya mata, dan kini jauh di tempat orang pula. Tapi saya tidak rasa sedih sangat kerana masih mampu menelefon dan bertanya itu ini dengan mak dan mak mertua saya.

Ketika Hayyan lahir, kak Mazni tolong telefonkan keluarga di Malaysia. Kak Mazni kata, mak saya banyak diam. Mak saya memang tak banyak cakap. tapi saya tahu mak saya sebak dan mungkin juga dia menangis keseorangan. Kasihan adik, tiada tempat untuk dia buat apa yang saya buat semasa saya melahirkan Hayyan. Memanglah kami adik-beradik ada untuk dia, tapi semua orang pun tahu kasih sayang seorang ibu tiada tolok bandingnya. Kerisauan dan penjagaan seorang ibu tetap tidak sama dengan seorang kakak menjaga adik. Lebih2 lagi dalam keadaan melahirkan seorang anak, susah payah, sakit perit yang dilalui menyebabkan kita lebih menghargai mak kita dan mahu mereka berada dekat dengan kita ketika saat itu.

Saya sangat berharap saya ada di Malaysia ketika ini untuk bersama2 dengan adik saya. Saya juga berharap agar keluarga saya dapat memberi perhatian yang sewajarnya kepada adik. Doa kami sentiasa bersama kau dik. Kepada Ashraf, Balqis dan Ano yang bertanggungjawab menjaga adik dalam pantang nanti, harap korang dapat menjaga adik/ibu dengan baik. Sentiasalah buat ibu happy ketika dia dalam pantang sebab orang dalam pantang ini, emosi mudah terganggu. Moga Allah permudahkan urusan kau dik. Moga selamat semuanya. Moga Allah izinkan roh mak dan abah untuk tengok anak kau. Permudahkanlah dan selamatkanlah urusan adik Ya Allah...