Thursday, March 21, 2013

kekalkan ia begini Ya Rabb..

3 minggu berlalu..walaupun masa bergerak pantas tetapi hati ini merasa sudah terlalu lama. Lama kerana tidak lagi mendengar suara mak. Terlalu lama rasanya tidak mengungkapkan dialog yang sama setiap kali menelefon mak. "Assalamualaikum mak. Buat ape tu? sihat?" dan mak akan jawab benda yang sama juga setiap kali diajukan soalan yang sama. "waalaikumsalam. takda buat apa. duduk ye (alin tahu mak mesti duduk termenung jauh di tempat duduk mak di dapur tu). sihat Alhamdulillah (walaupun kadang2 dari suara tu alin tahu mak tak sihat. tapi sentiasa ckp dia sihat)". Sekarang kalau nak dengar suara mak, kene bukak blik video2 yang dirakam sebelum ni. Alhamdulillah, banyak juga budak2 ni, cucu2 mak yang rajin buat video. Itulah pengubat rindu walaupun semakin berjuraian air mata bila tengok video mak. Alin pun sensitif sekarang bila tengok atau dengar kawan2 atau helmi telefon keluarga di Malaysia. Sedih betul hati ini bila menyedari hakikat bahawa alin sekarang yatim piatu. Helmi cakap, kalau nak minta doa atau rindu dengan mak, telefonlah mak batu arang. Alin tak boleh lagi buat masa ni. Alin tahu alin akan menangis bila cakap dengan mak batu arang. Mendengar Helmi bercakap dengan mak dan ayah sudah cukup buat hati ni rasa terlalu hiba.

Memang sedih bila menyedari diri ini sudah kehilangan mak dan abah. Hakikat menjadi yatim piatu, walaupun ketika diri ini sudah dewasa dan berkeluarga amat sukar digambarkan. Inikan pula anak2 kecil terutama di rumah anak2 yatim. Kasihan mereka. Kerana itulah Allah meletakkan mereka ini di kedudukan yang tinggi sehinggakan jika mengusap kepala mereka dengan penuh kasih sayang, pahala buat kita. Kerana kasih sayang ibu bapa itu tiada tolok bandingnya. Hakikat kehilangan mak di saat diri ini berusaha untuk membuat mak bangga dan untuk memberitahu mak betapa kejayaan ini nanti ditujukan buat mak, amat meruntun jiwa. Kesedihan yang sukar digambarkan. Kesedihan yang membawa diri ini lebih dekat denganNya. Benar kata Dr. Asri dan Sr. Yasmin Mogahed, kadangkala bagi sesetengah insan, hanya kesedihan sahaja yg membawa mereka lebih dekat dgn Allah. Ya, itulah yang Alin rasakan sekarang. Setiap dugaan yang datang, bersamanya ialah kesenangan. Allah Maha Mengetahui. Kesenangan yang datang bersama permergian mak ialah ketenangan. Kata2 seorang sahabat bahawa apabila ibunya meninggal, dia amat takut untuk melakukan perkara yang mungkin akan menyebabkan ibunya diazab didalam kubur, membuatkan alin terduduk muhasabah diri. Betapa alin telah banyak berdosa dan mungkin juga menyebabkan abah diazab di alam sana. Na'uzubillah. Astaghfirullahalazim. Jauhkan kedua ibu bapaku dari azab kubur dan azab api neraka Ya Allah (setiap kali melafazkan doa ini, pasti airmata bercucuran kerana mulut ini masih khilaf menyebut hanya bapaku dan terus memohon Allah panjangkan umur ibuku kerana sudah terbiasa. Lantas apabila mulut menyebut roh kedua ibu bapaku, terus terbayang wajah mak seakan2 tidak percaya yang alin sudah kehilangan mak).

Tetapi mak, sejak dari pemergian mak, Alin banyak membaca tentang kematian. Tentang alam barzakh. Perkara yang Alin lalai sebelum ini kerana leka dengan dunia yang sementara ini. Alin cakap dengan Helmi, Alin nak jumpa mak lagi. Alin kena masuk syurga supaya boleh minta dengan Allah untuk berjumpa dengan mak. Sebab masa mak sakit dan pergi meninggalkan dunia ni, alin tiada di sisi mak. Tak dapat peluk dan cium mak buat kali terakhir. Banyak perkara nak cakap dengan mak. Alin ingin berbakti pada mak dan abah. Tetapi Allah sudah tunjukkan pada Alin, untuk berbakti bukan hanya dengan kemewahan dan kesenangan kehidupan di dunia, tetapi dengan amalan yang Alin bekalkan untuk mak dan abah di sana. Itulah yang menjadi punca ketenangan. Setiap kali berdoa dan membaca Al-Quran untuk mak dan abah, terbayang rahmat Allah datang melindungi mak dan abah dari azab dan siksa kubur kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Insya Allah, Alin akan sentiasa cuba berusaha untuk berdoa setiap masa dan mencari peluang untuk berdoa dikala Allah berada dekat dengan hambaNya. Moga istiqomah usaha ini. Inilah hakikat sebuah kesedihan. Jika dengan menjadi sedih mendekatkan aku dengan Mu ya Rabb, maka kau kekalkanlah kesedihan di dalam hatiku ini supaya aku sentiasa mengingatiMu. Jika dengan menjadi yatim piatu membuatkan kehidupan ini lebih tenang, aku redha dengan ketentuanMu Ya Rahman. Sesungguhnya aku sangat bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat Mu kepada ku. Syukur Ya Allah.







1 comment:

  1. Assalamualaikum....akak pernah rasa apa yg lin rasa....kehilangan ...smpai satu tahap...kita ras a kesuyian...walhal sblm ni bila rindu kita boleh ambil tepon n call mak kita...tiada sape yg boleh ganti kasih sayang ibu...hanya dia memahami..cuma kita yg masih di sini kene teruskan hidup demi insan2 yg kita sayang...

    ReplyDelete