Thursday, March 21, 2013

kekalkan ia begini Ya Rabb..

3 minggu berlalu..walaupun masa bergerak pantas tetapi hati ini merasa sudah terlalu lama. Lama kerana tidak lagi mendengar suara mak. Terlalu lama rasanya tidak mengungkapkan dialog yang sama setiap kali menelefon mak. "Assalamualaikum mak. Buat ape tu? sihat?" dan mak akan jawab benda yang sama juga setiap kali diajukan soalan yang sama. "waalaikumsalam. takda buat apa. duduk ye (alin tahu mak mesti duduk termenung jauh di tempat duduk mak di dapur tu). sihat Alhamdulillah (walaupun kadang2 dari suara tu alin tahu mak tak sihat. tapi sentiasa ckp dia sihat)". Sekarang kalau nak dengar suara mak, kene bukak blik video2 yang dirakam sebelum ni. Alhamdulillah, banyak juga budak2 ni, cucu2 mak yang rajin buat video. Itulah pengubat rindu walaupun semakin berjuraian air mata bila tengok video mak. Alin pun sensitif sekarang bila tengok atau dengar kawan2 atau helmi telefon keluarga di Malaysia. Sedih betul hati ini bila menyedari hakikat bahawa alin sekarang yatim piatu. Helmi cakap, kalau nak minta doa atau rindu dengan mak, telefonlah mak batu arang. Alin tak boleh lagi buat masa ni. Alin tahu alin akan menangis bila cakap dengan mak batu arang. Mendengar Helmi bercakap dengan mak dan ayah sudah cukup buat hati ni rasa terlalu hiba.

Memang sedih bila menyedari diri ini sudah kehilangan mak dan abah. Hakikat menjadi yatim piatu, walaupun ketika diri ini sudah dewasa dan berkeluarga amat sukar digambarkan. Inikan pula anak2 kecil terutama di rumah anak2 yatim. Kasihan mereka. Kerana itulah Allah meletakkan mereka ini di kedudukan yang tinggi sehinggakan jika mengusap kepala mereka dengan penuh kasih sayang, pahala buat kita. Kerana kasih sayang ibu bapa itu tiada tolok bandingnya. Hakikat kehilangan mak di saat diri ini berusaha untuk membuat mak bangga dan untuk memberitahu mak betapa kejayaan ini nanti ditujukan buat mak, amat meruntun jiwa. Kesedihan yang sukar digambarkan. Kesedihan yang membawa diri ini lebih dekat denganNya. Benar kata Dr. Asri dan Sr. Yasmin Mogahed, kadangkala bagi sesetengah insan, hanya kesedihan sahaja yg membawa mereka lebih dekat dgn Allah. Ya, itulah yang Alin rasakan sekarang. Setiap dugaan yang datang, bersamanya ialah kesenangan. Allah Maha Mengetahui. Kesenangan yang datang bersama permergian mak ialah ketenangan. Kata2 seorang sahabat bahawa apabila ibunya meninggal, dia amat takut untuk melakukan perkara yang mungkin akan menyebabkan ibunya diazab didalam kubur, membuatkan alin terduduk muhasabah diri. Betapa alin telah banyak berdosa dan mungkin juga menyebabkan abah diazab di alam sana. Na'uzubillah. Astaghfirullahalazim. Jauhkan kedua ibu bapaku dari azab kubur dan azab api neraka Ya Allah (setiap kali melafazkan doa ini, pasti airmata bercucuran kerana mulut ini masih khilaf menyebut hanya bapaku dan terus memohon Allah panjangkan umur ibuku kerana sudah terbiasa. Lantas apabila mulut menyebut roh kedua ibu bapaku, terus terbayang wajah mak seakan2 tidak percaya yang alin sudah kehilangan mak).

Tetapi mak, sejak dari pemergian mak, Alin banyak membaca tentang kematian. Tentang alam barzakh. Perkara yang Alin lalai sebelum ini kerana leka dengan dunia yang sementara ini. Alin cakap dengan Helmi, Alin nak jumpa mak lagi. Alin kena masuk syurga supaya boleh minta dengan Allah untuk berjumpa dengan mak. Sebab masa mak sakit dan pergi meninggalkan dunia ni, alin tiada di sisi mak. Tak dapat peluk dan cium mak buat kali terakhir. Banyak perkara nak cakap dengan mak. Alin ingin berbakti pada mak dan abah. Tetapi Allah sudah tunjukkan pada Alin, untuk berbakti bukan hanya dengan kemewahan dan kesenangan kehidupan di dunia, tetapi dengan amalan yang Alin bekalkan untuk mak dan abah di sana. Itulah yang menjadi punca ketenangan. Setiap kali berdoa dan membaca Al-Quran untuk mak dan abah, terbayang rahmat Allah datang melindungi mak dan abah dari azab dan siksa kubur kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Insya Allah, Alin akan sentiasa cuba berusaha untuk berdoa setiap masa dan mencari peluang untuk berdoa dikala Allah berada dekat dengan hambaNya. Moga istiqomah usaha ini. Inilah hakikat sebuah kesedihan. Jika dengan menjadi sedih mendekatkan aku dengan Mu ya Rabb, maka kau kekalkanlah kesedihan di dalam hatiku ini supaya aku sentiasa mengingatiMu. Jika dengan menjadi yatim piatu membuatkan kehidupan ini lebih tenang, aku redha dengan ketentuanMu Ya Rahman. Sesungguhnya aku sangat bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat Mu kepada ku. Syukur Ya Allah.







hakikat kesedihan...

1 Mac 2013.

Malam kedua mak di alam sana. Tertanya2 keadaan mak. Doa tak putus dikirimkan agar mak tenang dan gembira di sana. Semoga mak dapat berjumpa abah, lobai (bangtam) dan bangteh. Mak, kalau mak dtg tgk Alin, mak jgn sedih tgk Alin sedih. Hanya menangis kerana risaukan mak di sana. Mungkin juga kerana Alin sedih balik nnt tiada mak yg menunggu kepulangan. Mungkin juga kerana tiada lagi doa dr mak yg selalu Alin minta.
Alhamdulillah mak dapat jumpa dan meluangkan banyak masa dengan Hayyan. Tahun lepas kerap sungguh mak bertanya Hayyan bila nak balik jumpa wan sedangkan thn 2011 kami sudah blik beraya. Akhirnya kami balik juga utk buat fieldwork. Sungguh cantik perancangan Allah, fieldwork tertangguh dek byk perkara tapi waktu tu Alin byk bersungut sampai mak risau takut Alin giveup. Tapi sebenarnya Allah bagi Alin peluang habiskan banyak masa dengan mak tahun lepas. Mmg lame kami kt sane dan lame jgklah mak dpt tgk Hayyan membesar depan mata. Subhanallah, kalaulah Alin tahu waktu tu...
Waktu ini, mate kerap memandang ke arah jam. Sudah menjadi habit utk bersiap sedia telefon mak selepas subuh (msia malam) atau selepas Alin blik u (msia siang). Sudah 3 hari tak bercakap dgn mak mmg terasa lain. Walaupun mak mmg bukan jenis byk bertanya itu ini, tp mendengar suara mak sudah memadai utk meredakan segala masalah. Skrg buka skype tgk no telefon mak dan rumah kita pun Alin sedih. Ya Rabb, kembalikanlah semangat yang hilang..
Mak paling gembira bila Hayyan ada. Mak ckp die budak cerdik. Mak tak suka bila Alin marah Hayyan. Mak ikutkan shj Hayyan pny perangai. Skrg nk marah Hayyan pun takut kalau mak nampak, nnt mak sedih. Terngiang2 suara mak memanggil2 Hayyan di dalam telefon.
Semalam kawan2 dtg, Alin byk cerita ttg mak. Segala kebaikan mak, pengorbanan mak. Alhamdulillah, rs mcm lega sgt sbb terlalu besar dan byk pengorbanan dan kebaikan yg mak dah lakukan. Alin yakin, Allah duga mak sakit 2-3 bulan ni utk hapuskan segala dosa2 mak. Allah ambil nyawa mak dengan tenang sekali. Dengar cerita Balqis dan Acik, mak pergi dgn aman. Mudah. Alhamdulillah, sudah cukup buat hati ini tenang dan lega.
Mmg benar sudah 3 kematian berlaku dlm keluarga kita sebelum mak. Tapi kehilangan mak satu tamparan hebat buat Alin yg jauh beribu batu. Allah nak Alin sedar. Berubahlah utk jadi anak yg solehah utk kedua ibu bapamu wahai Nor Azlina. insyaAllah mak, Alin cuba jadi yg terbaik sbb nk mak tenang kt sana. Banyak impian Alin bersama mak. Helmi paling tahu dan dia juga bersedih skrg sbb tahu bgmn besarnya erti perjuangan yg Alin lakukan skrg adalah semata-mata utk mak. Sejak dulu lagi Alin selalu bercerita pada helmi ttg mak. Alin ckp jgn igt mak tak byk ckp mak tu marah ke, tak suke ke sbb mak mmg mcm tu. Muka mak serius tp hati mak tersangatlah mulia. Alin cerita kt die segala2 tentang keluarga kita. susah payah, pengorbanan dan sedih hati seorang ibu, Alin cerita kt Helmi. Sebab itulah Helmi punya rasa kagum dan hormat yg tinggi dgn mak. Sebab itulah kalau mak tgk Helmi sedaya upaya berbual dgn mak, supaya mak rasa mak ade anak lelaki lain yg Allah ganti. Helmi ambil berat pd mak kdg2 lebih dr Alin sndr sbb die kasihan bile dgr Alin bercerita ttg mak. Benar, mak seorang ibu dan wanita yg kuat. Alin cuba utk mengutip serpihan serpihan hati yg berderai tatkala mendengar berita pemergian mak. Hanya kekuatan mak yg jd pegangan. Tp sungguh Alin tak sekuat mak, tp cuba utk mencontohi.
InsyaAllah slps ini mgkn Alin akan menulis byk ttg mak. Itu shj caranya nk lepaskan rindu ini. Utk menghidupkan semangat mak dalam jiwa Alin dan keluarga yg lain. Semoga Allah mudahkan urusan mak di sana. Semoga mak dijauhkan dari siksa kubur dan azab api neraka. Semoga mak tenang dan sentiasa dicucuri rahmat. Sesungguhnya, terlalu byk hikmah yg berlaku dgn pemergian mak di kala Alin paling memerlukan doa mak dan semangat mak ketika ini. InsyaAllah Alin akan pastikan akan sentiasa berdoa dan terus berdoa utk mak, abah, lobai dan bangteh selagi bernyawa.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.