Monday, August 24, 2009

~Ramadhan yang pertama~

Salam Ramadhan to all..
Rasa masih fresh lg kenangan Ramadhan yg lepas bermain di ingatan ni. Mane tidak, masa tu la nk prepare utk majlis pertunangan+perkahwinan sekali. Sampaikan rasa terkilan jgk x dpt nk fokus 100% ibadah di bulan mulia ketika waktu tu. Masjid India, Jalan TAR..Org sibuk membeli-belah baju raya, kita sibuk cr brg2 kahwin. Walau apapun, suasana tu mmg meriah. Walaupun waktu tu rasa mcm nk pecah kepala ni. Alangkah cepatnye masa berlalu.....

Kini Ramadhan kembali lagi. Tapi suasana kali ini amat berlainan sekali rasanya. Semuanya yg pertama. Pertama berpuasa bergelar seorang isteri. Pertama berpuasa jauh di perantauan. Pertama bertarawih bersama umat Islam dari segenap pelosok dunia. Itulah keagungan Islam. Walau di mana berada, Islam itu tetap di mana2..

Walaupun sedih sgt x berpeluang berbuka puasa bersama family terchenta, tp peluang berpuasa di tempat org ni byk mengajar erti kehidupan dan keinsafan. Peluang utk menghargai semua yg kita miliki di Malaysia. Walau apa pun, pengalaman berpuasa di sini mmg berharga. Banyak menyedarkan diri kami suami isteri. Paling tidak boleh dilupakan apabila terpaksa rushing utk kejar bus ke masjid utk bertarawih dan berlari2 kejar bus utk blik ke rumah dr masjid :) Nasib baik bukan di musim winter!! Namun, Ramadhan di sini amat senang dan tenang. Walaupun hakikatnya, rindu jgk dgn bazar ramadhan dan suasana di Malaysia :)

Semoga segala yg pertama ini menjanjikan permulaan yg baik. Dan semoga Allah tidak menjadikan ini Ramadhan yg terakhir. Sesungguhnya hambaMu ini masih belum bersedia lagi Ya Allah. Dan semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat kepada kami suami isteri dan keluarga tercinta di Malaysia. Amin.

2 comments:

  1. lynn..masuk la ke blog aku irydmaivia.blogspot.com..kat situ ramai lagi kawan lain punye blog ko leh tgk..happy fasting my dear!

    ReplyDelete
  2. tq iryd for the invitation..x tau plak u ols pun berblog nih..ok i'll follow u :)

    ReplyDelete