Saturday, July 25, 2009

~kehilangan yang dirasai~

Julai sekali lagi mencatat kenangan pilu bagi kami sekeluarga. 21 Julai 09, kami telah menerima berita kematian wan (nenek). Arwah wan adalah wan dan dia juga adalah atuk kepada kami. Sejak kecil kami tak pernah berjumpa datuk dan nenek sebelah abah. Datuk sebelah mak pun meninggal ketika aku masih kecil. Jadi arwah wan adalah atuk nenek kami. And the reason for us utk merasa balik kampung ke rumah wan during hari raya. Tentunya mulai raya tahun ni, kehilangan wan akan dirasai. Selalunya, kami sekeluarga akan pulang menziarah wan di pagi raya setelah selesai sembahyang raya dan mengunjungi pusara arwah abah, bang teh dan bang tam. Itulah tradisi kami sejak bertahun-tahun yg lepas. Tapi tahun ni pastinya berlainan. Walaupun aku tiada di Malaysia, tp tetap merasai kesan kehilangan wan. Pastinya berlainan sekali suasana raya. Melihat keriangan di wajah wan di pagi raya menyambut kepulangan anak cucu dan cicit yang ramai, pasti membahagiakan. Sudah tentu sebagai cucu, kami turut gembira kerana dpt pulang ke kampung menziarahi wan. Itu sudah menjadi kegembiraan setiap anak cucu setiap kali menjelang perayaan. Tapi semua itu sudah berlalu bagi kami. Pasti kenangan itu akan menjadi satu kenangan manis buat aku dan keluarga. Dan kini tiada lagi org yg boleh aku panggil dgn gelaran wan, atuk atau nenek. Di sebelah keluarga suami pun da lama pergi kedua belah atuk dan opah. Sedih nya perasaan ni tak dpt menatap wan di saat akhir arwah ni sakit dan saat sebelum dikebumikan. Teringat kembali sblm ke Canada ni, sempat menziarah wan, dan arwah kerap bertanya kepada aku bila nk pergi ke Canada. Sebab dia tahu aku berkahwin awal sebab nk buat persiapan ke Canada, dan selepas kahwin, asyik bertanya bila nk pergi. Semoga Allah mencucuri rahmat yg tak terhingga kepada arwah wan dan sememangnya aku dan adik beradik amat bersyukur kerana Allah telah memanjangkan umur wan sehingga 21 Julai 09 dan dapatlah kami merasa bagaimana indahnya ada seseorang yg bergelar nenek. ALFATIHAH......................

No comments:

Post a Comment